PROGRAM KOLABORASI ANTARABANGSA DAN PENINGKATAN KEPAKARAN LUAR NEGARA

Latarbelakang
Zarinah

Pn. Zarinah Bt Awang
Penolong Pengarah Kanan

Program ke luar negara bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan pembangunan modal insan  selari dengan  dasar dan halatuju negara. Ia selaras dengan objektif kelima dalam Pelan Startegik Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti berhubung  pengantarabangsaan. Strategi yang dikenal pasti dalam pelaksanaan program tersebut adalah :

  • Pengiktirafan dalam perkongsian hubungan antarabangsa.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran tiada sempadan.
  • Meningkatkan pandangan global.

Kursus dan seminar ke luar negara juga dianjurkan oleh beberapa agensi luar seperti Colombo Plan Staff College ( CPSC ), Southeast Asian Ministers of Education Organisation ( SEAMEO ),    Regional Centre for Science and Mathematic  Education  ( RECSAM ), Vocational and Technical Education and Training   ( VOCTECH ), Japan International Cooperation Agency ( JICA ),  Korean International Cooperation Agency  ( KOICA ) dan Korean Central Officials Training Institute  ( COTI ). Selain itu terdapat juga ” In Country Programme” yang dianjurkan secara bersama dengan negara yang menjadi hos.

Sehingga kini, selain dari negara-negara di Asia Tenggara, negara-negara yang terlibat dalam program ini antaranya ialah England, Ireland, Jerman, Itali, Perancis, Kanada, Australia, New Zealand, India, China, Jepun dan Korea Selatan. Setiap tahun dianggarkan seramai 60 orang pegawai yang mengikuti program ini. Jangkamasa program adalah antara satu hingga empat minggu